CARA MENGHANTAR SMS MELALUI KOMPUTER

Anonymous SMS

PENDAHULUAN

1. Terdapat lebih daripada 10 buah syarikat / provider menyediakan perkhidmatan menghantar sms melalui komputer (internet) di Malaysia
2. Ini membolehkan SMS dihantar ke telefon bimbit melalui komputer tanpa
menggunakan telefon
3. SMS ini lebih dikenali sebagai “Anonymous SMS”
4. Servis ini telah digunakan dengan meluas oleh syarikat Bonuslink, AirAsia, Maxis, HotlinkGift, Celcom, MetroJaya, EON, CITIBANK dan sebagainya


KEGUNAAN ANONYMOUS SMS

A. Kegunaan
Sms ini digunakan antaranya untuk
1. SMS Branding (Customizable Sender ID)
2. SMS Delivery report
3. Personalized SMS
4. Multilanguage SMS (Chinese text, Arabic ...)
5. Send Long SMS (SMS more than 160 characters)
6. Send MMS

B. Kegunaan Lain
Anonymous SMS juga digunakan untuk :-
1. Kempen Pilihanraya
2. Kempen Pemilihan Parti

KEPERLUAN PERISIAN
A. Software Komputer
1. Internet Explorer 5 ke atas
2. Firefox atau Opera juga boleh digunakan

B. Hardware Komputer
1. Pentium III - 500 ke atas
2. Sambungan Internet (moden 56K ke atas)
3. Mouse & Keyboard

HARGA
A. Harga Untuk Melanggan Perkhidmatan Ini (Dengan mengambil satu contoh syarikat provider).

Pakej
1. Permulaan (Starter Pack) – RM20 = 100 Kredit Percuma


2. Penambahan Kredit SMS:-


a. RM10 = 56 kredit sms
b. RM20 = 114 kredit sms
c. RM30 = 177 kredit sms
d. RM40 = 242 kredit sms
e. RM50 = 313 kredit sms
f. RM60 = 387 kredit sms
g. RM70 = 467 kredit sms
h. RM80 = 552 kredit sms
i. RM90 = 643 kredit sms
j. RM100 = 769 kredit sms
k. RM110 = 880 kredit sms
l. RM120 = 1000 kredit sms ( Starter Pack Percuma)


CARA MENDAFTAR / REGISTRATION

1. Bank-In ( Maybank2u @ Auto Deposit Cash Machine dll) RM20 ke akaun provider yang diberikan.
2. SMS ke nombor telefon bimbit service provider maklumat berikut:-
a. Tarikh dan masa pembayaran (Bank-In) dibuat
b.Kata Daftar Masuk (Login Name) yang diingini
c. ID Penghantar SMS
d. Nama penuh
e. Alamat
f. Email

Setelah bayaran dibuat dan disahkan oleh servis provider, alamat URL, Kata Daftar Masuk (Login Name), dan password akan diberikan melalui SMS oleh servis provider. SMS kini boleh dihantar.



MANUAL PENDAFTARAN / REGISTRATION MANUAL
1. Page Login
Masukkan Maklumat yang diperlukan untuk masuk ke akaun yang telah didaftar



2. Menu Utama / Main Menu
Menu ini akan terpapar setelah ‘log in’
Di sinilah penghantaran sms boleh dibuat



3. Mendaftar ID Pengirim SMS / Sender ID Registration
Bulatan merah ialah di mana tempat untuk mendaftar ID Pengirim SMS



4. Mendaftar ID Pengirim SMS / Sender ID Registration
Bulatan merah ialah di mana nama ID Pengirim dimasukkan untuk pendaftaran



5. Mendaftar ID Pengirim SMS / Sender ID Registration
Bulatan merah menunjukkan Sender ID yang telah diluluskan



6. Pendaftaran Sender ID : Nombor Telefon Bimbit / Sender ID Registration : Handphone Number
Bulatan merah menunjukkan pendaftaran menggunakan nombor telefon bimbit. Sender ID (nombor telefon bimbit) juga boleh digunakan:-
1. Tanpa pengetahuan pemilik nombor tersebut
2. Nombor yang telah tiada dalam perkhidmatan
3. Nombor yang tidak wujud



7. Pendaftaran Sender ID / Sender ID Registration
Nombor Telefon
Bulatan merah menunjukkan nombor telefon bimbit yang telah diluluskan (tanpa pengetahuan pemilik nombor tersebut)



8. Menghantar SMS / Sending SMS
Bulatan merah ikon yang dipilih pada menu untuk menghantar sms



9. Menu Penghantaran SMS / Sending SMS Menu
Ini adalah menu di mana penghantaran SMS dibuat



10. Cara Penggunaan SMS / Sending SMS
Bulatan merah menunjukkan Sender ID iaitu ID yang telah didaftarkan sebentar tadi, Recepient iaitu nombor Penerima SMS yang kita hantar dan Message iaitu tempat untuk menaip SMS dan klik di Send Now! untuk menghantar SMS!! Dan sebaik sahaja diklik SMS tersebut akan terus diterima!



11. Cara Untuk Memeriksa Log SMS Dihantar / Log History (Sent Item)
Bulatan merah menunjukkan item di menu untuk memeriksa log bagi sms yang telah dihantar



12. Tarikh Log / Log Date
Bulatan merah menunjukkan pilihan tarikh bagi log sms (dihantar) yang dikehendaki



13. Log Penghantaran SMS / Sent Item Log
Bulatan merah menunjukkan Nombor Sender ID (ID Penghantar) dan Receiver ID (Penerima)



Setelah membaca panduan untuk menghantar Anonymous SMS melalui internet di atas, bagaimanakah pandangan kita terhadap sistem ini?

Sistem ini sangat berguna untuk tujuan yang baik untuk membuat promosi, perniagaan, berkempen sama ada pemilihan parti ataupun kempen pilihanraya


WALAU BAGAIMANAPUN
Jika ia disalahguna?
Digunakan untuk menfitnah?
Caranya?
1. Dengan hanya bermodalkan RM20.00
2. Mendaftarkan nombor telefon bimbit tanpa pengetahuan pemilik dan menghantar sms ugutan kepada penerima seolah-olah ianya dihantar oleh Pemilik nombor tersebut.


RUJUKAN : Kes SMS **********




FAKTA BERKAITAN :
Maxis telah mengumumkan bahawa mereka telah menyekat (filter) sebarang Anonymous SMS di mana Penerima hanya akanmenerima nombor berrcampur daripada komputer dan bukannya nombor Sender ID yang digunakan.

Contohnya jika Sender ID ialah +60193456789 (nombor telefon) digunakan untuk menghantar ke Penerima yang menggunakan perkhidmatan Maxis maka ID tersebut hanya akan keluar nombor bercampur seperti +8263919283 (contoh nombor dari komputer) di telefon bimbit Penerima.

Selain Maxis, perkhidmatan telco yang lain masih belum menggunakan filter di dalam Penerimaan Anonymous SMS dan sekiranya Penerima menggunakan Celcom, Sender ID yang diterima adalah sebagaimana pendaftaran Sender ID yang didaftarkan melalui internet contohnya jika sender ID ialah nombor telefon maka nombor telefon akan terpapar di Skrin Telefon Bimbit Penerima.

ULASAN BERKENAAN FAKTA BERKAITAN
Kes ******** SMS Ugutan
1. SMS diterima pada waktu yang hampir sama oleh ketiga-tiga orang.
2. Dua orang menggunakan Celcom manakala seorang lagi menggunakan Maxis
3. Jika ketiga-tiga orang ini menerima SMS daripada Komputer (Internet Anonymous SMS) maka:-


Celcom - Sender ID Anonymous SMS dipaparkan sebagaimana pendaftaran. Contohnya jika kita mendaftarkan nombor telefon bimbit didaftarkan maka nombor hanset akan dipaparkan di skrin


Maxis - Anonymous akan disekat dan paparan ID akan keluar nombor campur seperti +2345687211 iaitu nombor yang lebih dikenali sebagai nombor daripada komputer.


*APAKAH ANDAIAN YANG BOLEH ANDA BUAT MENGIKUT KEJADIAN SMS UGUTAN BARU-BARU INI DI TERENGGANU?

Think think kan lah...

No comments:

Post a Comment