Khutbah Jumaat 8 Mei 2009 Terengganu - Bahaya Fitnah

Marilah kita sama-sama beriman dan berusaha dari masa kesemasa mempertingkatkan keimanan ke hadrat Allah s.w.t. dengan menjunjung tinggi segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangan. Maka muga dengan keimanan, ketaatan dan ketakwaan itu akan membahagiakan kehidupan kita di duniadan memberi keselamatan di akhirat kelak.


Kita mengakui bahawa kita sekarang berada dizaman serba moden, dan tidak mustahil akan dating, kita temui zaman yang lebih canggih lagi. Banyak peralatan baru yang talah diciptakan seperti kemajuan ICT dan komunikasi, akibat dari perkembangan minda manusia yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Walau bagaimanapun disebalik kemunculan alat-alat canggih , timbul pula perkara-perkara negative yang betentangan dengan jaran islam sekiranya tidak digunakannya secara betul seperti budaya fitnah dan penyebaran khabar angin melalui kemudahan peralatan tersebut


Muslimin sidang Jumaat sekalian,

Penyebaran maklumat mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang, seperti kemudahan khidmat pesanan ringkas sms laman web dan e-mail yang membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk diambil manfaat daripadanya seperti penyebaran ilmu, pendidikan, maklumat dan seumpamanya telah disalahgunakan seperti menyebarkan fitnah dan khabar angina. Maka sebagai langkah keselamatan pihak berkuasa, telah menetapkan peraturan kepada semua pemilik kad prabayar hendaklah didaftarkan.


Islam mengigatkan kita agar berwaspada dan berhati-hati terhadap sesuatu berita atau perkhabaran yang diterima, sama ada melalui seseorang, media cetak, media elektronik seperti televisyen, internet dan sebagainya, supaya tidak mudah dipercayai sebelum diperiksa terlebih dahulu kebenarannya, lebih-lebih lagi orang yang membawa berita itu orang fasik.


Sebagaimana firman Allah dalam surah al-hujrat ayat 6:

Maksudnya: “wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menetukan) kebenaran, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”


Muslimin sidang jumaat sekalian diantara akibat buruk yang akan berlaku disebabkan perbuatan fitnah ialah:

Pertama: menyebabkan hilang pahal disisi Allah setiap amal baik yang telah dilakukan.

Dosa menyebarkan fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebarkan fitnah juga menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis diakhirat nanti.


Kedua: menjejaskan kehormatan orang yang difitnah

Imam Razali dalam kitabnya ihya’ ‘ulumu al-din menjelaskan bahawa perbuatan membocorkan rahsia orang lain, mengakibatkan terjejasnya kehormatan dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain, dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Larangan mencari-cari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam ayat 12 surah al-hujrat :

Maksudnya: “dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan keaiban orang lain.”


Ketiga: Allah dan rasul mengharamkan perbutan mengumpat dan fitnah.

Dalam islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu, tidak mahu ia disebarkan kepad orang lain. Inikan pula menyebarkan berita tidak benar. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bermaksud: adakah kamu semua mengetahui apakah ribah (mengumpat)? Sahabat menjawab: kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenangi. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Lalu rasulullah bersabda lagi: “jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya.”


Keempat: boleh menyebabkan berlakunya pembunuhan, perang saudara dan seumpamanya. Umat islam tentu tidaklupa pada sejarah yang menyebabkan kepada kematian khalifah ketika kerajaanislam dimadinah saidina ibni affan, yang berpunca daripada fitnah yang disebarkan oleh kumpulan ekstrimis agama.


Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan saidina ali dan zaman selepasnya. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan kerajaan bani umayyah malah sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan melayu Melaka, tidak terkecuali kerana fitnah. Maka islam memandang fitnah adalah sangat berbahaya.


Firman Allah s.w.t. dalam surah al-baqarah ayat 191:

Maksudnya: “dan fitnah itu adalah lebih besar bahayanya dari pembunuhan.”


Muslimin yang dihormati Allah sekalian,

Mungkin orang yang melakukan fitnah merasa senang hatinya kerana berhasil dan mengenai sasaran orang yang fitnahnya, sebaliknya orang yang kena fitnah betapa pahitnya penderitaan yang ditanggungnya.


Dapatkah kita bayangkan betapa pahitnya perasaan yang ditanggung oleh siti aishah isteri rasulullah s.a.w. yang bergelar ummul mu’minin (ibu sekalian orang yang beriman) yang telah difinah oleh Abdullah bin ubai (seorang munafik) yang menyebarkan berita dusta kepada orang-orang islam dengan mengatakan: siti aishah berlaku curang, mengadakan hubungan sulit dengan sahabat nabi yang bernama safwan bin mu’atal selepas berangat pulang daripada peperangan bani mutolak


Cuba kita bayangkan bagaimanakah perasaan, kita dan keluarga, berdepan dengan situasi seperti itu apabila isteri yang sangat taat kepada kita dituduh telah belaku curang?.


Abdullah bin ubai ketua munafik itu senang hati, kerana fitnah yang ditaburnya sudah sampai dikalangan muslimin, sama asa dipercayai atau pun tidak berita tersebut, namun usaha dan niat jahat Abdullah bin ubai gagal dan tidak Berjaya kerana Allah sentiasa berada dipikah yang benar .


Muslimin sidang jumaat sekalian,

Allah s.w.t. sekali-kali tidak akan membiarkan baginda rasulullah s.a.w., lemah dalam kepimpinan dan perjuangan, disebabkan berita palsu dan fitnah ketua munafik itu. Lalu Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang menyatakan, bahawa berita itu adalah tuduhan semata-mata, dan menyatakan kesucian siti aishah. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-nur ayat 11-13:

Bermaksud: “sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang sangat dusta dari segolongan kamu itu, janganlah kamu menyangka buruk bagi kamu, bahkan baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang diantara mereka akan mendapat hukuman sesuai dengan apa yang mereka lakukan.


Muslimin yang dimuliakan Allah sekalian,

Marilah kita berganding bahu, bersatu padu memulihkan keadaan dengan membuangkan budaya suka fitnah-menfitnah dan tuduh-menuduh yang hanya akan merugikan umat isalm. Suburkanlah budaya saling sayang menyayangi, hormat-menghormati dan segala sifat mahmudah dalam kehidupan kita agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat yang berpanjangan dari Allah ta’ala.

No comments:

Post a Comment